Monday 19 December 2011

Bubur Nasi Untuk Muaz

Salam sejahtera..

Selamat petang semua..semoga arini lebih baik dari semalam ye dan berada di dalam lindungan rahmatNya..InsyaAllah..

Agk malu sebenarnya dengan diri sendiri sbb brsemangat kononnya nk tulis dlm blog tiap2 hari..(kes teruja punye psl ngeeee) apepun kita hanya merancang tp Allah juala yang menentukannya..

Ok la brcakap dan bcerita mngenai puteraku iaitu Muaz membuatkan saya begitu teruja skit hehe, Alhamdulillah hari khamis lepas genap muaz dah berumur 6 bulan dan berat masa pergi klinik ari tu dah 7.3kg..
Emmm cepatnya muaz membesar dan terus membesar..Syukur yang tidak terhingga. Seronok tengok perkembangan muaz dari hari ke hari..

Sebenarnya saya dh mula bagi muaz mkn bubur sejak dari umur 4 bulan lebih lagi memandangkan muaz asik lapar je..hehe. Kadang2 letak nestum dkt bancuhan susu..Bubur tu kadang2 ibu mertuaku yang msk dan kadang2 mak saya yang msk..Memang la niat hati sebolehnya nk bg muaz mkn bubur yang dimasak dengan air tangan ibunya ni..Maklumlah air dari tangan ibu sendiri yang masak insyaAllah diberkati makanan itu kan..

Disini saya sharekan resepi2 bubur yang saya google dlm blog2 teman untuk tatapan ibu-ibu yang rajin seperti saya..(rajin ke..ngeh ngeh)


Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang baby mahu

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

.

Semoga anak-anak kita mendapat makan makanan yang sedap lagi barakah melalui air tangan kita ye..Selamat mencuba

Sampai di sini saja..Jumpa lagi..Salam Manis..DAAAAA



No comments:

Post a Comment