Friday 6 July 2012

Bertemu kembali semua..hehe

Salam Manis Semua..

Beribu-ribu kemaafan sbb dh lama sgt x mengupdate..hehe maklumla msh blum sesuaikan diri lg sjak bergelar ibu ni..(alasan la tu kan..padahal anak dh stahun dh)..Selain itu sibuk dgn urusan rumahtangga lg dan bile penyakit M ni dtg menyerang, ianya susah hendak dikawal..serta bile anak soleh datang dah xblh nk buat ape2..asik menghadap si dia je..Trsangat2 malu dengan diri ini..hehe

Trlebih dahulu nk ucapkan tq berbyk2 kali kt si manis adikku Nurul Atiqah yg mengingatkan sye untuk mengupdate entry baru yg mungkin sudah nk bersawang ini..hehe.

Ok la, sbnrnye byk sgt cite2 yg nk diluahkan, dikongsi pd entry kali ini..(tu la pasal ape lame mnyepi kan..kan) Past is past ok..hehe

Sye sgt truje nk cite pasal ape yg brlaku pd bulan Jun..

Alhamdulillah pd bulan itu jatuh hari ulang tahun tahun kami brtiga...brsyukur sgt2 dipanjangkan umur kami sekeluarga..

Khas untuk ank soleh muaz..ibu rase mcm bru mengandungkan muaz semalam.. tringat awal pregnant dan saat pertama kali dengar denyutan muaz melalui mesin scan sehinggalah detik mendengar tangisan muaz ketika melahirkannya..Melihat muaz membesar bagai johan membuatkan ibu merasa sgt2 bangga..Alhmdullilah Ya Allah atas sgl nikmat yg Kau berikan..ibu akan sentiasa doakan muaz dikurniakan kesihatan yg baik serta bijak dan disayangi semua orang ye..

Kepada suamiku Mohamad Hazrin..stiap hari ku berdoa smoga sentiasa dipelihara oleh Allah, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik serta sntiase syg kt isterinya yg sorang ni..hehe

Untuk diri sye sndiri..dengan peningkatan umur ni sye brazam ingin memperbaiki lg diri supaya sentiasa lebih bersyukur dengan apa yg ada..bermuhasabah setiap hari..ingin memperelokkan lagi sikap utk menjadi isteri penyejuk mata suami serta dimurahkan rezeki yang halal..Dikelilingi dengan org trsyg membuatkan sye sgt2 brsyukur dan sntiase ingin memajukan diri.

Bulan 6 juga jatuh hari ulangtahun perkahwinan kami yg kedua..Alhamdulillah dh 2 tahun kami melayari bahtera rumahtangga..Setiap hari kehidupan kami begitu sgt indah lebih2 lagi dengan kehadiran muaz yg skrg ni smakin lasak dan momen2 ini begitu membahagiakan kami berdua..Kami brdoa rumahtangga kami ini sentiase dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t..Amin

Ok la panjang pulak celoteh sye kali ni kan..maklumla kite kan baru bertemu kembali..hehe


Berikut gambar-gambar edisi bulan Jun yang ceria..:)

Homemade kek buatan sye sndiri..hehe
Ibu yg lebih2 tiup

Semoga kasih syg kami sentiasa mekar dari hari ke hari

Buat bithday party muaz kt sekolah ibu

Homemade kek dr sye juga..khas untuk muaz

Kek yg dh smpai sekolah ibu

Bergambar dengan nenek muaz..hehe

Sambut bithday boy di Sarawak

X boleh duduk diam langsung budak ni

Muaz dengan ibu

Muaz dengan ayah

Dimana-mana saje muaz nk brehat

Di Muzium Sarawak

Muaz sayang ayah

Muaz sayang ibu

Dh makin besar n berat anak ibu ni..

Muaz ikut muka sape ni..???

Bergambar di sisi kucing2 yang mcm giant..hehe

Ok la sekian dahulu entri sye kali ni..diharap dpt bersabar untuk entry akan dtg..

Sampai jumpa lagi...Salam Manis Daaa




Tuesday 13 March 2012

3 bulan berlalu..malu rasanye

Salam manis semua..

Malu dan segan sungguh rasanya dah lama tidak mengupdate blog..ape nk buat buzy muzy dengan kerja dan anak(hehe alasan la tu kan)..

3 bulan yang brlalu mninggalkan brbagai2 memori serta pristiwa yang mencuit hati...

Kite mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dulu..hehe

25/12/2011 - Majlis pertunangan adik kesayanganku Nurul Atiqah

Majlis yang dimulai selepas Zohor ini telah direstui oleh kedua-dua belah pihak. Sukela abah dan mak tu dpt menantu lagi sorang...apepun akak doakan semoga dipermudahkan spanjang brgelar tunangan orang ye..



Seluruh ahli keluarga kami

Pic selepas adik jd tunang orang


Anak dara Hj Kusaini

Of coz la pkcik sorang ni tak boleh tinggal utk brgambo

My hubby yang rajin membantu

Ahaks,pic kami bertiga


Ni semua gambar sekitar majlis berlangsung..Walaupun sederhana tetapi meriah dengan kehadiran semua sedara mara..Terima kasih datang membantu.


4/2/2012

Sudah tiba masanya adikku berangkat ke UK untuk sambung belajar di University Teeside..walaupun mula2 mak rasa kberatan nk bagi adikku ni smbung belajar..jauh pulak tu..tp demi masa depan mak pun izinkan la dengan syarat jgn cari lelaki lain kt sane..hang ingat skit, awk tu dh ade tunang..hehe..en tunang die pun dh merestui..bak kate pepatah sayang tunang..tinggal tinggalkan..(ade ke pepatah tu)..Awak blajar rajin2 ok kt sane dan bawak balik ijazah nti..kami sekeluarga sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan awak kt sane..rajin2 skype kami kat sini ye..Love you soooo much..

Dan sudah semestinye gambar sebagai kenangan..:)


Sesampainya kami di KLIA

Seluruh kluarga termasuk en tunang adik


Pic with adik..eh eh ada Yuna pulak..hehe

Bergurau senda sblm berpisah sementara

Yang x pergi ni mcm lebih2 pulak kan..


Ok la sampai di sini dulu pertemuan kita..Kita jumpa di entry yang lain ye..

Salam Manis..Daaa

Monday 19 December 2011

Bubur Nasi Untuk Muaz

Salam sejahtera..

Selamat petang semua..semoga arini lebih baik dari semalam ye dan berada di dalam lindungan rahmatNya..InsyaAllah..

Agk malu sebenarnya dengan diri sendiri sbb brsemangat kononnya nk tulis dlm blog tiap2 hari..(kes teruja punye psl ngeeee) apepun kita hanya merancang tp Allah juala yang menentukannya..

Ok la brcakap dan bcerita mngenai puteraku iaitu Muaz membuatkan saya begitu teruja skit hehe, Alhamdulillah hari khamis lepas genap muaz dah berumur 6 bulan dan berat masa pergi klinik ari tu dah 7.3kg..
Emmm cepatnya muaz membesar dan terus membesar..Syukur yang tidak terhingga. Seronok tengok perkembangan muaz dari hari ke hari..

Sebenarnya saya dh mula bagi muaz mkn bubur sejak dari umur 4 bulan lebih lagi memandangkan muaz asik lapar je..hehe. Kadang2 letak nestum dkt bancuhan susu..Bubur tu kadang2 ibu mertuaku yang msk dan kadang2 mak saya yang msk..Memang la niat hati sebolehnya nk bg muaz mkn bubur yang dimasak dengan air tangan ibunya ni..Maklumlah air dari tangan ibu sendiri yang masak insyaAllah diberkati makanan itu kan..

Disini saya sharekan resepi2 bubur yang saya google dlm blog2 teman untuk tatapan ibu-ibu yang rajin seperti saya..(rajin ke..ngeh ngeh)


Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang baby mahu

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

.

Semoga anak-anak kita mendapat makan makanan yang sedap lagi barakah melalui air tangan kita ye..Selamat mencuba

Sampai di sini saja..Jumpa lagi..Salam Manis..DAAAAA



Wednesday 14 December 2011

Tanamkan Minat Anak Untuk Cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa Part 2

Salam...

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entry kali ni..Saya ni dh mcm biskut pulak, sekejap muncul sekejap hilang kan..kan.hehe

Berbalik dengan tajuk kita, aritu saya ada nk kongsi tips anak kita menanamkan minat untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Peranan kita sebagai ibu bapa mendidik anak kita dan mengajar perkara-perkara yang baik supaya apabila besar kelak mereka tau membezakan mana yang benar dan mana yang salah..

Suka saya nk share kan langkah-langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Seharusnya, kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu untuk mengajar anak kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan Rasul apabila meningkat dewasa kelak..Anak adalah amanah Allah yg patut kita sayang dan jaga. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi melalui pembacaan buku-buku, kursus keibubapaan dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda

Ibu bapa juga sentiasa menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi seperti menunjukkan nilai-nilai dan sifat yang baik supaya anak kita dapat mencontohi sikap kita..Ingatlah, anak-anak juga berperasaan seperti kita. Anak-anak kita juga akan sayang dan kasih kepada kita jika kita juga sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.


Pengarang jantung ibu..semoga menjadi anak yang soleh ye..


Permata hati kami


Kiss for you..dear

Kami sayang muaz :)

Doa saya semoga saya dan ibu bapa lain menjadi ibu bapa yang cemerlang kepada permata-permata kalian ye..

Sampai kita bertemu kembali InsyaAllah..

SALAM MANIS DAAA..

Wednesday 30 November 2011

Tanamkan Minat Anak Untuk Cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Salam Semua

Bertemu kembali kita hari ini..Rasa sejuk di wktu ptg2 mcm ni..Syukur hujan rahmat membasahi muka bumi..Alhamdulillah..

Setelah mnjadi ibu ni, perasaan sentiasa tersentuh..dengar cite di akhbar-akhbar mengenai kisah anak2 sekarang..kita sebagai ibu semua nk yang terbaik untuk anak kita..Rasa takut nk menghadapi perangai anak2 di zaman global ini..

Suka saya baca komen dalam satu ruangan di laman sosial facebook salah seorang kwn saya(sbnrnya dh pgkat kakak sedara) pagi ini..

"Didiklah anak kita mencintai Allah, Rasul dan ibu ayah...tanamkan dalam hati mereka elemen-elemen ini sejak dari kecil...yakinlah, itulah benteng untuk diri mereka dari serangan luar pelbagai sudut bila besar nanti...insya Allah...mendidik anak2 pd zaman mutakhir ini sgt mencabar...terutamanya mencari pengasuh yg sesuai utk anak bila kita bekerja...kita tidak tahu apa yg mereka tonton, dengar, cakap dan pengaruh rakan-rakan...usahalah utk mencari persekitaran baik yg mendekatkan diri anak kita dengan Allah.."

Niat di hati nk sgt anak saya ni sentiasa menanamkan dalam hati untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa..InsyaAllah..Ape pun kita hanya merancang dan Allah jua lah yang menentukan..

Sampai di sini dulu untuk hari ini..Jika diizinkan oleh Allah, esok saya pada entry akan dtg saya taipkan tips menambahkan minat anak untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa ye...

SALAM MANIS DAAAA..




Tuesday 29 November 2011

Tips Mengelakkan Anak Tersedak Susu/ Makanan

SALAM..

Alhamdulillah kita diketemukan lagi di pagi hari Isnin yang mulia ini..Macam mane cuti 3 hari ni..Ape, brcuti di Melaka???? amboi..bestnye...hehe

Sememangnya tiga hari cuti mcm sekejap je kan..dan semestinya cuti ni khas diperuntukkan untuk puteraku tersayang..Seperti biasa la asik nk main je..Dengan saya, susu botol pn pndang mcm nk tak nk je..Tidur pn hanya sekejap..Alahai anak ibu ni...

Ok la, kita berbalik dengan tajuk kita di atas ye..Ade kisahnya kenape saya ltak tajuk di atas..
Alkisah...

Selalunya kita dengar cite anak tersedak susu tapi ape yg berlaku kt saya (ini cite benar tau..hehe) apabila saya bagi kt anak saya ni mkn biskut..En suami dah cairkan dulu dengan air kosong sebelum bg kt anak kami ni..Kira buat mcm nestum la..Anak saya ni, kalau tgk org mkn msti buat muka kesian..tu yg tak smpai hati terus la bg mkn..
Waktu tu saya bg mkn dlm keadaan baring dgn niat supaya dia lebih senang mkn..Tiba2 tgh sedap die mkn trus trbatuk mcm gaya nk trsedak...saya pun apa lagi trus angkat anak saya tu dan tepuk2 blkg bahu die..En suami pun dh kalut terus pggil emaknya yg kebetulan sedang solat..Alhamdulillah ambik masa skjp je ank saya dalam keadaan mcm tu..Rasa kalut, takut semua ade..Alahai anak ibu..brderau darah ibu skjp..hehe..
Jadi hari ini, saya ingin kongsikan tips-tips bagi mengelakkan anak kita dari tersedak susu atau makanan..Semoga kita (lebih2 lagi diri saya) sama2 dapat pengajaran dan dimanfaatkan untuk semua..

Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  • lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar macam gambar kat bawah ni yer.
 
Sekiranya tak keluar
  • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
  • Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
\
Anak adalah anugerah yg tidak terhingga, InsyaAllah selepas ni saya akan menjadi ibu yg peka dan berhati2 supaya kejadian begini tidak akan berulang lagi..

OK LA, SAMPAI SINI DULU..SALAM MANIS UNTUK SEMUA..DAA 

Friday 25 November 2011

Indahnya menjadi seorang ibu (mgkin part last??)

Sesungguhnya menjadi seorang ibu menjadi impian setiap wanita yang telah berkahwin.. Alhamdulillah sangat saya telah terpilih untuk melahirkan zuriat untuk suamiku sayang.(emosi pulak kan..hehe) Kalau kita tengok ramai lagi orang kt luar sana ade yang belum dikurniakan anak. Orang yang dah dpt anak, senang-senang je nk buang (ini yang nk marah ni..chewah)

Jom kite sambung (suspen bukan..)cite semalam..
Tepat jam 9 mlm lahir la anak yg kukandung 9 bulan lebih ini ke dunia..Bayi lelaki yg sihat serta sempurna menambahkan lagi kasih sayang ku pada En suami..kata En suami ini adalah hadiah ari lahir untuk beliau memandangkan ari jdnya jatuh ari keesokannya iaitu 16 Jun 2011..Perasaan ketika itu sungguh syahdu tatkala suamiku berkata Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sejurus anakku lahir..Dktor terus letak bayi kami diatas perut saya..Hanya rase kesyukuran dan kepuasan yang tidak terhingga waktu itu. Hilang rasa sakit mase nk brsalin..ajaib bukan.. Begitula perasaan para ibu yang telah mengalaminya kan...Semoga ini semua mnjadi pengalaman yang paling berharga buat saya..

Setelah itu, bermula la prosedur untuk menjahit luka bersalin..Kali ni En suami hanya tgk sekejap je..takut ke abang hehe..saya dh tak rase apa2 dh sebab mgkin ade ubat bius lg..tp kdg2 ade jugak rase ngilu dan disebabkan rase kegembiraan mengatasi segalanya..Keluar dari wad bersalin, mak abah, ibu bapa mertua dan adik2 serta tidak lupa Cik Mamai telah tunggu kat luar bilik..Rasa nk peluk semua pn ade..hehe. En suami dah tempah bilik untuk 1 katil bagi keselesaan saya dan ahli keluarga yang datang menyerbu..Dengan rasa tak sabar, saya tanya En suami mcm mana dengan anak saya sempurna atau tidak..En suami dengan nada ketawa kate anak kami sihat sempurna..jari kaki dan tgn semuanya ckup..rase nk trgelak pn ade..hehe. Bayi kami ditempatkan di bilik lain mgkin untuk ditukarkan bju kot..Rase x sabar ketika itu nk tgk bayi saya..

Masa yang ditunggu tiba, bayi kami telah dibawa ke dalam bilik..Ala la la comelnya anak ibu ni..hehe(dh tukar title daaa)..ayat Alhamdulilah xprnah brhenti dari mulut saya..Saya berazam akan mnjaga dan mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang..

Mengikut cadangan, saya akan berpantang dekat rumah mak saya nti..Mak akan mengambil cuti seminggu (terima kasih mak..)untuk jaga saya..Dan yang bestnya adik ketiga saya yang ketika itu cuti semester akan mnjaga saya..YAHOO dan bermula la episod berpantang..kih kih

hihi tgkap gambar mase dalam mngandung

baru keluar bilik brsalin

keluarga yg sedang mnunggu diriku..dr kiri:ibu mertua,ibuku,cik mamai dan adikku seha

Ibu mertua sedang beri baby mkn madu


Adik kedua dan adik bongsu

Saya bersama baby..bru lpas dimandikan kot

Sayang sgt kt adik2ku

Baby bersama atuk,pkcik dan mkcik

Muka diorg lagi yg memeriahkan hospital..hehe

Baby brsama kedua2 atuk..hehe terselit pulak 2 org tu nk interframe..

Suamiku yang sudah brgelar ayah..

Hihi tag nama takut baby tertukar


Time to go back home..


Saya pun nk interfram jgk..hik hik