Wednesday 14 December 2011

Tanamkan Minat Anak Untuk Cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa Part 2

Salam...

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entry kali ni..Saya ni dh mcm biskut pulak, sekejap muncul sekejap hilang kan..kan.hehe

Berbalik dengan tajuk kita, aritu saya ada nk kongsi tips anak kita menanamkan minat untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Peranan kita sebagai ibu bapa mendidik anak kita dan mengajar perkara-perkara yang baik supaya apabila besar kelak mereka tau membezakan mana yang benar dan mana yang salah..

Suka saya nk share kan langkah-langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Seharusnya, kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu untuk mengajar anak kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan Rasul apabila meningkat dewasa kelak..Anak adalah amanah Allah yg patut kita sayang dan jaga. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi melalui pembacaan buku-buku, kursus keibubapaan dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda

Ibu bapa juga sentiasa menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi seperti menunjukkan nilai-nilai dan sifat yang baik supaya anak kita dapat mencontohi sikap kita..Ingatlah, anak-anak juga berperasaan seperti kita. Anak-anak kita juga akan sayang dan kasih kepada kita jika kita juga sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.


Pengarang jantung ibu..semoga menjadi anak yang soleh ye..


Permata hati kami


Kiss for you..dear

Kami sayang muaz :)

Doa saya semoga saya dan ibu bapa lain menjadi ibu bapa yang cemerlang kepada permata-permata kalian ye..

Sampai kita bertemu kembali InsyaAllah..

SALAM MANIS DAAA..

No comments:

Post a Comment