Monday 19 December 2011

Bubur Nasi Untuk Muaz

Salam sejahtera..

Selamat petang semua..semoga arini lebih baik dari semalam ye dan berada di dalam lindungan rahmatNya..InsyaAllah..

Agk malu sebenarnya dengan diri sendiri sbb brsemangat kononnya nk tulis dlm blog tiap2 hari..(kes teruja punye psl ngeeee) apepun kita hanya merancang tp Allah juala yang menentukannya..

Ok la brcakap dan bcerita mngenai puteraku iaitu Muaz membuatkan saya begitu teruja skit hehe, Alhamdulillah hari khamis lepas genap muaz dah berumur 6 bulan dan berat masa pergi klinik ari tu dah 7.3kg..
Emmm cepatnya muaz membesar dan terus membesar..Syukur yang tidak terhingga. Seronok tengok perkembangan muaz dari hari ke hari..

Sebenarnya saya dh mula bagi muaz mkn bubur sejak dari umur 4 bulan lebih lagi memandangkan muaz asik lapar je..hehe. Kadang2 letak nestum dkt bancuhan susu..Bubur tu kadang2 ibu mertuaku yang msk dan kadang2 mak saya yang msk..Memang la niat hati sebolehnya nk bg muaz mkn bubur yang dimasak dengan air tangan ibunya ni..Maklumlah air dari tangan ibu sendiri yang masak insyaAllah diberkati makanan itu kan..

Disini saya sharekan resepi2 bubur yang saya google dlm blog2 teman untuk tatapan ibu-ibu yang rajin seperti saya..(rajin ke..ngeh ngeh)


Resipi masakan kentang
Kentang saiz kecil 1 biji
Keju cedar 1 keping
Brokoli 2 'pokok' kecil
2-3 sudu air suam, susu ibu atau bancuhan susu yang bayi minum.
Cara membuatnya
Rebus kentang dengan kulitnya yang sudah dibersihkan sehingga empuk.
Rebus brokoli sehingga masak.
Siat kulit kentang, potong untuk mudah dimasukkan ke dalam pengisar.
Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar sehingga halus berkrim.
Bubur Oat, Ikan dan Saderi

Bubur Nasi
Bahan-bahan
Rebuskan beras (masak bubur nasi)
10 ekor ikan segar tanpa tulang atau ikan bilis
1 helai daun sedari
secawan air
Cara membuatnya
Jika gunakan ikan bilis, ikan bilis direndam 5 minit untuk membuang garamnya.
Masak ikan/ikan bilis dan air dengan api kecil selama 5 minit.
Setelah masak, masukkan daun saderi yang dicincang halus. Jerang sebentar sehingga daun saderi masak.
Hancurkan ikan/ikan bilis dan masukkan ke dalam bubur.
Hidangkan.

Resipi Kentang, Lobak dan Pis Bersusu
Bahan-bahannya
1/4 biji kentang saiz sederhana dadu
1 sudu lobak merah dadu
1 sudu kacang pis beku1/
2 cawan air
3 sudu susu ibu/formula dibancuh
Masukkan air, lobak merah dan kentang dalam periuk. Masak api kecil sehingga empuk.Setelah empuk, masukkan kacang pis.Masak 5 minit.Masukkan susu, kacau.Hidangkan.Lenyek untuk bayi 8-11 bulan atau kisar halus untuk bayi 6-8 bulan.


Bubur Tauhu, Brokoli, Lobak Merah dan Ayam
Bahan-bahan (2 hidangan atau lebih)
1 sudu nasi
1/4 keping tauhu
1/4 keping dada ayam - potong dadu
3 hiris lobak merah
3 kuntum kecil brokoli
Cara-caranya
Kukus semua bahan.. *
Lenyek atau kisar sehingga mendapat tekstur yang baby mahu

Bubur Nasi dan Kurma
Sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang telah dimasak
1/4 cawan air suam
2 biji kurma dibuang bijinya
Caranya...
Masukkan semua bahan dalam pengisar
Kisar halus
Hidangkan


Bubur Nasi, Ikan Merah dan Lobak
Bubur ini sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas.
3 sudu nasi yang baru dimasak
Sekeping ikan merah - anggaran 50 gram, pastikan tanpa tulang
1 ulas bawang putih
1 sudu lobak merah yang telah didadu
1 tangkai daun sup yang telah dicincang halus.
1 cawan airMasuk semua bahan (kecuali daun sup) ke dalam periuk.
Gunakan api besar untuk didihkan masakan dan kecil api dan biar sehingga lobak merah lembut dan ikan masak.Masukkan daun sup dan masak selama 2 minit lagi.Kisar halus atau terus hidangkan.

Sup Kobis Bunga dan Kentang
Bayi 8 bulan ke atas.
1/4 cawan kobis bunga - potong kecil
1 biji kentang saiz sederhana - di dadu
5 ekor ikan bilis - tumbuk halus2.
5 cawan air
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak api besar.Setelah mendidih, kecilkan api, tutup periuk. Masak lagi selama 20 minit.Kisar halus. Hidangkan. Brokoli Bakar. Brokoli dibasuh dan dipotong kecil. Panaskan oven 190 C. Kupas dan cincang bawang. Rebus brokoli, 5 minit sehingga lembut, toskan air, ketepikan. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan tomato. Masak selama 10 minit. Masukkan brokoli. Tutup api.

Masukkan nasi, brokoli dan tomato dalam bekas pembakar. Pukul telur, susu dan separuh daripada keju yang telah diparut untuk dijadikan sos. Tuangkan sos tadi ke atas campuran nasi dalam bekas pembakar tadi. Taburkan baki keju cheddar tadi ke atas campuran nasi. Bakar 40 minit atau sehingga perang.

.

Semoga anak-anak kita mendapat makan makanan yang sedap lagi barakah melalui air tangan kita ye..Selamat mencuba

Sampai di sini saja..Jumpa lagi..Salam Manis..DAAAAA



Wednesday 14 December 2011

Tanamkan Minat Anak Untuk Cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa Part 2

Salam...

Alhamdulillah bertemu kita kembali dalam entry kali ni..Saya ni dh mcm biskut pulak, sekejap muncul sekejap hilang kan..kan.hehe

Berbalik dengan tajuk kita, aritu saya ada nk kongsi tips anak kita menanamkan minat untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Peranan kita sebagai ibu bapa mendidik anak kita dan mengajar perkara-perkara yang baik supaya apabila besar kelak mereka tau membezakan mana yang benar dan mana yang salah..

Suka saya nk share kan langkah-langkah yang digariskan oleh Rasulullah s.a.w yang menyatakan ada empat tahap mendidik anak iaitu:
  • TAHAP PERTAMA - Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (~6 tahun). Hendaklah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang.
  • TAHAP KEDUA - Anak berumur 7 tahun sehingga baligh (~14 tahun). Hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, displin dan beri tanggungjawab.
  • TAHAP KETIGA - Anak berusia 15 tahun hingga dewasa (~21 tahun). Hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat.
  • TAHAP KEEMPAT - Anak berusia lebih daripada 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberi mereka kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakan mereka terkawal.
Begitulah pendekatan yang digunakan oleh junjungan besar kita. Malah kita semua sedia maklum bahawa Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan yang sangat-sangat kasihkan kanak-kanak.

Seharusnya, kita hendaklah melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu untuk mengajar anak kita sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan Rasul apabila meningkat dewasa kelak..Anak adalah amanah Allah yg patut kita sayang dan jaga. Ilmu-ilmu itu boleh diperolehi melalui pembacaan buku-buku, kursus keibubapaan dan pelbagai sumber lain. Peningkatan ilmu ini perlu sebagai pelaburan anda untuk melindungi dan menyuburkan aset paling berharga... iaitu anak anda

Ibu bapa juga sentiasa menunjukkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi seperti menunjukkan nilai-nilai dan sifat yang baik supaya anak kita dapat mencontohi sikap kita..Ingatlah, anak-anak juga berperasaan seperti kita. Anak-anak kita juga akan sayang dan kasih kepada kita jika kita juga sentiasa menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.


Pengarang jantung ibu..semoga menjadi anak yang soleh ye..


Permata hati kami


Kiss for you..dear

Kami sayang muaz :)

Doa saya semoga saya dan ibu bapa lain menjadi ibu bapa yang cemerlang kepada permata-permata kalian ye..

Sampai kita bertemu kembali InsyaAllah..

SALAM MANIS DAAA..

Wednesday 30 November 2011

Tanamkan Minat Anak Untuk Cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa

Salam Semua

Bertemu kembali kita hari ini..Rasa sejuk di wktu ptg2 mcm ni..Syukur hujan rahmat membasahi muka bumi..Alhamdulillah..

Setelah mnjadi ibu ni, perasaan sentiasa tersentuh..dengar cite di akhbar-akhbar mengenai kisah anak2 sekarang..kita sebagai ibu semua nk yang terbaik untuk anak kita..Rasa takut nk menghadapi perangai anak2 di zaman global ini..

Suka saya baca komen dalam satu ruangan di laman sosial facebook salah seorang kwn saya(sbnrnya dh pgkat kakak sedara) pagi ini..

"Didiklah anak kita mencintai Allah, Rasul dan ibu ayah...tanamkan dalam hati mereka elemen-elemen ini sejak dari kecil...yakinlah, itulah benteng untuk diri mereka dari serangan luar pelbagai sudut bila besar nanti...insya Allah...mendidik anak2 pd zaman mutakhir ini sgt mencabar...terutamanya mencari pengasuh yg sesuai utk anak bila kita bekerja...kita tidak tahu apa yg mereka tonton, dengar, cakap dan pengaruh rakan-rakan...usahalah utk mencari persekitaran baik yg mendekatkan diri anak kita dengan Allah.."

Niat di hati nk sgt anak saya ni sentiasa menanamkan dalam hati untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa..InsyaAllah..Ape pun kita hanya merancang dan Allah jua lah yang menentukan..

Sampai di sini dulu untuk hari ini..Jika diizinkan oleh Allah, esok saya pada entry akan dtg saya taipkan tips menambahkan minat anak untuk cintakan Allah, Rasul dan Ibu Bapa ye...

SALAM MANIS DAAAA..




Tuesday 29 November 2011

Tips Mengelakkan Anak Tersedak Susu/ Makanan

SALAM..

Alhamdulillah kita diketemukan lagi di pagi hari Isnin yang mulia ini..Macam mane cuti 3 hari ni..Ape, brcuti di Melaka???? amboi..bestnye...hehe

Sememangnya tiga hari cuti mcm sekejap je kan..dan semestinya cuti ni khas diperuntukkan untuk puteraku tersayang..Seperti biasa la asik nk main je..Dengan saya, susu botol pn pndang mcm nk tak nk je..Tidur pn hanya sekejap..Alahai anak ibu ni...

Ok la, kita berbalik dengan tajuk kita di atas ye..Ade kisahnya kenape saya ltak tajuk di atas..
Alkisah...

Selalunya kita dengar cite anak tersedak susu tapi ape yg berlaku kt saya (ini cite benar tau..hehe) apabila saya bagi kt anak saya ni mkn biskut..En suami dah cairkan dulu dengan air kosong sebelum bg kt anak kami ni..Kira buat mcm nestum la..Anak saya ni, kalau tgk org mkn msti buat muka kesian..tu yg tak smpai hati terus la bg mkn..
Waktu tu saya bg mkn dlm keadaan baring dgn niat supaya dia lebih senang mkn..Tiba2 tgh sedap die mkn trus trbatuk mcm gaya nk trsedak...saya pun apa lagi trus angkat anak saya tu dan tepuk2 blkg bahu die..En suami pun dh kalut terus pggil emaknya yg kebetulan sedang solat..Alhamdulillah ambik masa skjp je ank saya dalam keadaan mcm tu..Rasa kalut, takut semua ade..Alahai anak ibu..brderau darah ibu skjp..hehe..
Jadi hari ini, saya ingin kongsikan tips-tips bagi mengelakkan anak kita dari tersedak susu atau makanan..Semoga kita (lebih2 lagi diri saya) sama2 dapat pengajaran dan dimanfaatkan untuk semua..

Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  • lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar macam gambar kat bawah ni yer.
 
Sekiranya tak keluar
  • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
  • Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
\
Anak adalah anugerah yg tidak terhingga, InsyaAllah selepas ni saya akan menjadi ibu yg peka dan berhati2 supaya kejadian begini tidak akan berulang lagi..

OK LA, SAMPAI SINI DULU..SALAM MANIS UNTUK SEMUA..DAA 

Friday 25 November 2011

Indahnya menjadi seorang ibu (mgkin part last??)

Sesungguhnya menjadi seorang ibu menjadi impian setiap wanita yang telah berkahwin.. Alhamdulillah sangat saya telah terpilih untuk melahirkan zuriat untuk suamiku sayang.(emosi pulak kan..hehe) Kalau kita tengok ramai lagi orang kt luar sana ade yang belum dikurniakan anak. Orang yang dah dpt anak, senang-senang je nk buang (ini yang nk marah ni..chewah)

Jom kite sambung (suspen bukan..)cite semalam..
Tepat jam 9 mlm lahir la anak yg kukandung 9 bulan lebih ini ke dunia..Bayi lelaki yg sihat serta sempurna menambahkan lagi kasih sayang ku pada En suami..kata En suami ini adalah hadiah ari lahir untuk beliau memandangkan ari jdnya jatuh ari keesokannya iaitu 16 Jun 2011..Perasaan ketika itu sungguh syahdu tatkala suamiku berkata Allahu Akbar (Allah Maha Besar) sejurus anakku lahir..Dktor terus letak bayi kami diatas perut saya..Hanya rase kesyukuran dan kepuasan yang tidak terhingga waktu itu. Hilang rasa sakit mase nk brsalin..ajaib bukan.. Begitula perasaan para ibu yang telah mengalaminya kan...Semoga ini semua mnjadi pengalaman yang paling berharga buat saya..

Setelah itu, bermula la prosedur untuk menjahit luka bersalin..Kali ni En suami hanya tgk sekejap je..takut ke abang hehe..saya dh tak rase apa2 dh sebab mgkin ade ubat bius lg..tp kdg2 ade jugak rase ngilu dan disebabkan rase kegembiraan mengatasi segalanya..Keluar dari wad bersalin, mak abah, ibu bapa mertua dan adik2 serta tidak lupa Cik Mamai telah tunggu kat luar bilik..Rasa nk peluk semua pn ade..hehe. En suami dah tempah bilik untuk 1 katil bagi keselesaan saya dan ahli keluarga yang datang menyerbu..Dengan rasa tak sabar, saya tanya En suami mcm mana dengan anak saya sempurna atau tidak..En suami dengan nada ketawa kate anak kami sihat sempurna..jari kaki dan tgn semuanya ckup..rase nk trgelak pn ade..hehe. Bayi kami ditempatkan di bilik lain mgkin untuk ditukarkan bju kot..Rase x sabar ketika itu nk tgk bayi saya..

Masa yang ditunggu tiba, bayi kami telah dibawa ke dalam bilik..Ala la la comelnya anak ibu ni..hehe(dh tukar title daaa)..ayat Alhamdulilah xprnah brhenti dari mulut saya..Saya berazam akan mnjaga dan mendidik anak saya dengan penuh kasih sayang..

Mengikut cadangan, saya akan berpantang dekat rumah mak saya nti..Mak akan mengambil cuti seminggu (terima kasih mak..)untuk jaga saya..Dan yang bestnya adik ketiga saya yang ketika itu cuti semester akan mnjaga saya..YAHOO dan bermula la episod berpantang..kih kih

hihi tgkap gambar mase dalam mngandung

baru keluar bilik brsalin

keluarga yg sedang mnunggu diriku..dr kiri:ibu mertua,ibuku,cik mamai dan adikku seha

Ibu mertua sedang beri baby mkn madu


Adik kedua dan adik bongsu

Saya bersama baby..bru lpas dimandikan kot

Sayang sgt kt adik2ku

Baby bersama atuk,pkcik dan mkcik

Muka diorg lagi yg memeriahkan hospital..hehe

Baby brsama kedua2 atuk..hehe terselit pulak 2 org tu nk interframe..

Suamiku yang sudah brgelar ayah..

Hihi tag nama takut baby tertukar


Time to go back home..


Saya pun nk interfram jgk..hik hik


Thursday 24 November 2011

Indahnya menjadi seorang ibu (part 2)

Ni sume gmbar time brsanding ye..


Keluarga dr pihak lelaki




Mase khatam quran brsama2 adikku




Ehem ehem acara tukar2 baju - ni baju jepun hait





Ni pulak bju bollywood lagi..hik hik




Ni xtau bju ape..ala2 bju tradisional la - sopan x..hehe




Time brsanding kt belah En Suami



Niat hati mmg nk tulis blog setiap ari tapi smlm menemankan adik atas urusan pg pejabat universiti dan pejabat MARA sbb nk sambung bljr lagi...tp hari saya sentiasa INDAH wktu tu..sbb ape tau ofkoz la adikku tu dh blnje dr A to Z (mkn 3x dan prblnjaan pengangkutan). Ini kerana sbg kakak, saya dh mnjalankan tggungjawab yg sepatutnya smtara adik saya msih lg bujang..best jgk dpt borak2 tntang isi hati die spnjg prjalanan..kami naik komuter tau sbb takut jln jammed mklumla waktu puncak di tengah2 KL tu..xpe dik, akak x rase penat pun..(dlm hati seronok sgt sbb dpt pg SOGO dan jalan TAR)hehe


OK la brbalik tentang gmbar2 ni cantik tak....hehe..tidak ade niat lgsung nk menunjuk ye..ni sume skadar sebagai kenangan untuk anak2 dan cucu2 saya suatu mase nti tau..perasaan waktu tu punye la segan yang amat sangat...lebih lagi ditumpu oleh org2 kmpung seantero dunia..hik hik (malu la)..mase acara tukar2 baju pulak, ckgu Rodzi and the gang punye pasal..suruh posing sane la,sini la..die mgkin tak tau bahawa saya mana pndai brposing sgt..well seumur hdup punye pasal,saya pn brposing la dan adakalanya brposing maut???.ape2 hal trima kasih yg tak terhingga kpd ckgu Rodzi yg telah mghasilkan gmbar2 yg cntik dan mnarik untuk dijadikan kenangan kami suami isteri..yang pnting ckgu Rodzi telah bg hrga yang mnarik untuk fotoshoot 2 rumah..TQ (100x)




BERBALIK PADA SAMBUNGAN BLOG YANG DULU...HEHE

15/6/2011

Pejam celik dah masuk waktu due untuk saya bersalin. Dup dap tak usah ditanya la..mlm sblum tu dh mintak ampun dan maaf di atas segala kesalahan sepanjang jadi isteri En suami ni. Boleh pulak En Suami brgurau kata tak payah fikir2 cuma brdoa supaya smuanya selamat antara saya dan baby..tp saya nk mntak maaf jgk mane tau xsmpat nk mntak ampun dan halalkan makan minum..(aduh rase nk nangis lg).

Sehari sebelum tu juga punyala mnghabiskan kerja2 ofis yang tak pernah abis tu serta memberi amanah serta wasiat (hehe) sepanjang ketiadaanku nanti. Balik pn sekitar 6.30 petang..Tapi dalam wktu yang sama, saya dah pesan dekat kawan sekerja mase pntang nanti korang2 blh je telefon bila2 masa..dgn syarat kalau mlm xblh la hehe..maklumla saya kan nk cuti 90 ari..

Berbalik masa pagi ari rabu tu, seperti biasa la telefon mak tiap kali nk pg keje...lepas tu terus bagi tau nk pg sekolah jgk sebab xde rasa sakit nk brsalin..Apelg mak marah la sebab dh due, masih ade hati nk pg sekolah jgk..hehe. En suami pn dh putuskan xnk pg keje (sbnarnya siapa yg nk brsalin ni..confius2 ngeeeee). Dijadikan cite, dlm pukul 11 pagi pun (msh ingt tu waktu bile hehe) kami cadang nk keluar la mgkin sbb boring xsakit2 lg untuk brsalin..smpat la kami pg IKEA dgn tujuan nk cari kerusi untuk mase pantang nti..Dalam perjalanan balik dari IKEA, En suami ajak checkup je kt Poliklinik Barakah..klau xde ape2 kitorg balik la ke rumah..checkup punye checkup, nurse bgtau dh bukak 3cm..Dktor dtg pulak dh bukak 4cm..adoyai, rase dup dap lagi...En Suami pn trus dpanggil sbb isterinya yg sorang ni djgka brsalin dalam pukul 9.30 mlm...apelagi trus bukak pakaian dn pakai bju yang dibagi oleh nurse...nurse kt situ baik2 tau..hehe kurang skit rasa sakit..

Bermula la episod yang sangat mnyakitkan..Contraction setiap 5-10 mnt..Bayangkan dari pukul 3.30 ptg sampaila 9 mlm..nurse selalu kluar masuk untuk mengawal tahap baby yg dlm prut saya..En suami pula sentiasa ade dkt sblh dan kdg2 saya tengok die kluar (mgkin ambik angin kot xpun solat)..Mak abah, serta ibu bapa mrtua pn dh di telefon (En suami yg bagitau)sbb saya dh xingat ape2 pun mlainkan ksakitan je..segala zikir kluar dr mulut saya mane tau blh hilangkan kesakitan..nurse ade jgk cucuk bg tahan sakit tp kdg2 ade satu tahap saya xblh lawan sakit  nk brsalin..mase tu la ingat pengorbanan mak saya mlahirkan saya..msti sakit mcm ni jgk kan..sob sob. Kira2 jam 8 lbh dktor dan nurse dh brsedia masuk ke blik bersalin..dktor suruh saya tarik nafas dan teran..dh 3 kali saya teran tp baby tak jgk keluar2..doktor terus decide nk vacuum, saya pn dlm keadaan sdar x sdar trus bgtau dktor buat la apa yang patut ye sbb saya dh xthan sakit lg..

Tepat jam 9.00 mlm lahirla anakku ke dunia ini..EHEM EHEM BOLEH TAK KALAU SAYA SAMBUNG DI BLOG YANG AKAN DATANG..HEHE SALAM YANG TERAMAT MANIS..DAAA




Tuesday 22 November 2011

Indahnya menjadi seorang ibu

Tanggal 15.6.2011, tepat jam 9 malam saya telah menjadi seorang ibu kepada seorang bayi lelaki yang sangat comel.. Alhamdulilah, lengkap kehidupan saya sebagai seorang isteri..

Sekadar mengimbau masa lalu..hehe

28/6/2009
Bermula perkenalan dengan suamiku. Siap pegi keluar mkn mlm lagi antara kedua2 keluarga.(hehe kira nk satukan kami brdua la tu). Tempat mkn pulak di DeSelat kt PKlg tu..

28/11/2009
Saya sudah selamat bertunang. Masa lepas zohor..mklumla satu kampung kan..sblh lorong je..hehe. Anyway kate alam brtunang ni byk dugaan dan darah pn tgh manis. Mgkin mase ni la nk kenal dgn rapat lagi dengan bakal suami.


Saat tengah brdebar2 ni..org disana dh nk dtg..hehe

Saya sayang ibu bapa saya..:)

Konon2 mcm dkt mjlh tuuu..

Adik, mkcik2 serta sepupu yg memeriahkan mjlis saya..

I Love berposing gmbo..hik hik

Keluargaku tersayang

Hik hik..kek dari org di sane..siap ade gmbo kami lg..malu la

Sebahagian dr hantaran yang diterima..tq


Kek dari pihak ku..


Ni pun same..:)

Time tgh sarung cincin dan bermula la jg tunangan org..kui kui





25/6/2010
Akhirnya dengan satu lafaz dari EnSuami maka, title saya telah brtukar menjadi Mrs Hazrin. Macam2 perasaan ade sedih, suka, gmbira dn lain2 perasaan mnjadi satu..chewah. Alhmdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah. Abah, Mak,adik2..akak masih anak mak abah n adik2 yang dulu cume gelaran je dh bertukar..Selagi diizinkan suami akak, akak akan tetap mnjalankan tggungjawab dengan sebaik mngkin..Halalkan makan minum spnjang akak dibwh jagaan mak dan abah ye...(rase nk menangis blh x..)


ambik mood dulu sblm nk tukar title ni..



Aku nikahkan dikau..hehe

maskahwin dan batalkan air smbahyang

Kali prtama brsentuhan tu..hehe

Mak abah serta ibu bapa mrtuaku trsayang

kawanku yg sgt aku sayangi
Ok sebenarnya ade byk lagi gmbar tp yg ini la sbahagian yg dpt dipaparkan disini..


27/6/2010

Majlis kahwin yg agk sederhana tapi meriah sgt2..Terime kasih yg tak terhingga kpd kawan sekampung, kawan klinik, kwan kat SMK Dato Hamzah, dan semua la..kamsahamida..:) Siap dapat hadiah yg banyak sgt2..trharu tahap maksima..(sambil mengalir air mata..hik hik)


4/7/2010

Majlis sambut menantu........Dirai bagai raja sehari lagi..Baru la kenal (itu pn ade yg ingat2 lupe) makcik2 dan anak buah serta sepupu sepapat belah En suami..Dan bermula la episod sebagai seorang isteri yang taat n mendengar kata..hehe

Sekitar bulan 10 (tarikh lupe pulak..hehe)
Badan rase x sedap, jadi En suami ajak pg klinik untuk checkup. Mase tu Dktor Zariah suruh buat urine test. Punye la segan, sebab kakak klinik tu yg beria2 nk buat checkup urine test saya. Alhamdulillah ade 2 line..bersoraklah la kakak2 klinik. Dan semestinya En suami pun turut gmbira..Xdpt bayangkan perasaan ketika itu sebab ade janin yang sedang bernyawa dekat rahimku..sob sob. En suami kate nk potong rambut dan kebetulan ade kedai gunting rambut bersebelahan dengan klinik..(kire nk dh pasang niat kot). Dalam hati berdoa semoga anak yang ku kandung membesar dengan sihat.

KITA BERSAMBUNG NANTI DLM BLOG YANG AKAN DATANG YE..SALAM YANG TERAMAT MANIS ..DAAA