Tuesday 29 November 2011

Tips Mengelakkan Anak Tersedak Susu/ Makanan

SALAM..

Alhamdulillah kita diketemukan lagi di pagi hari Isnin yang mulia ini..Macam mane cuti 3 hari ni..Ape, brcuti di Melaka???? amboi..bestnye...hehe

Sememangnya tiga hari cuti mcm sekejap je kan..dan semestinya cuti ni khas diperuntukkan untuk puteraku tersayang..Seperti biasa la asik nk main je..Dengan saya, susu botol pn pndang mcm nk tak nk je..Tidur pn hanya sekejap..Alahai anak ibu ni...

Ok la, kita berbalik dengan tajuk kita di atas ye..Ade kisahnya kenape saya ltak tajuk di atas..
Alkisah...

Selalunya kita dengar cite anak tersedak susu tapi ape yg berlaku kt saya (ini cite benar tau..hehe) apabila saya bagi kt anak saya ni mkn biskut..En suami dah cairkan dulu dengan air kosong sebelum bg kt anak kami ni..Kira buat mcm nestum la..Anak saya ni, kalau tgk org mkn msti buat muka kesian..tu yg tak smpai hati terus la bg mkn..
Waktu tu saya bg mkn dlm keadaan baring dgn niat supaya dia lebih senang mkn..Tiba2 tgh sedap die mkn trus trbatuk mcm gaya nk trsedak...saya pun apa lagi trus angkat anak saya tu dan tepuk2 blkg bahu die..En suami pun dh kalut terus pggil emaknya yg kebetulan sedang solat..Alhamdulillah ambik masa skjp je ank saya dalam keadaan mcm tu..Rasa kalut, takut semua ade..Alahai anak ibu..brderau darah ibu skjp..hehe..
Jadi hari ini, saya ingin kongsikan tips-tips bagi mengelakkan anak kita dari tersedak susu atau makanan..Semoga kita (lebih2 lagi diri saya) sama2 dapat pengajaran dan dimanfaatkan untuk semua..

Sebab-sebab bayi tersedak susu
  • Apabila seorang bayi tertidur semasa sedang menghisap botol susu, susu itu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru mereka.
  • lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
  •  Tabiat ibu bapa meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan
  • Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah
Cara yang Betul memberi minum susu kepada bayi
  • Ketika menyusu tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
  • Pastikan juga lubang puting botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (Belilah mengikut kesesuaian umur anak).
  • Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
  • Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
  • Selepas menyusu, sendawakan bayi untuk mengeluarkan angin dan mengelak bayi muntah ketika tidur.
Cara Rawatan jikalau Bayi Tersedak susu
  • Tiarapkan bayi kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar macam gambar kat bawah ni yer.
 
Sekiranya tak keluar
  • dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan
  • Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
\
Anak adalah anugerah yg tidak terhingga, InsyaAllah selepas ni saya akan menjadi ibu yg peka dan berhati2 supaya kejadian begini tidak akan berulang lagi..

OK LA, SAMPAI SINI DULU..SALAM MANIS UNTUK SEMUA..DAA 

No comments:

Post a Comment